My Add

Saturday 24 March 2012

'P. Pinang untuk orang kaya'

JACOB George menunjukkan salinan aduan polis dan keratan media mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang pada sidang akhbar di Batu Feringgi, Pulau Pinang, semalam.

Oleh ZABRY MOHAMAD 

PULAU PINANG, JUMAAT, 23 Mac, 2012: Rakyat berpendapatan rendah di negeri ini mula merasakan mereka dan generasi akan datang tidak mempunyai masa depan cerah jika kerajaan DAP Pulau Pinang terus memerintah.

Maklum balas tersebut diperoleh daripada kaji selidik yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) terhadap orang ramai di sini sejak tiga hari lalu.

Presiden CASSA, Datuk Dr. Jacob George berkata, golongan tersebut melihat pembangkang gagal menyediakan polisi yang boleh melindungi hak selain menjaga kebajikan mereka.

Menurutnya, rakyat berpendapatan rendah khususnya di bahagian pulau bimbang mereka suatu hari nanti akan dihalau berikutan projek kediaman mewah yang semakin bercambah, seolah-olah tiada kawalan daripada kerajaan negeri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment