My Add

Tuesday 20 March 2012

Amah: Majikan lega jaminan PM

Oleh Norizan Abdul Muhid 

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 Mac, 2012: Pelbagai pihak lega dengan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berpegang dengan persetujuan sebelum ini berhubung isu gaji amah dari Indonesia.

Sehubungan itu, mereka menggesa kerajaan bertegas dan tidak melayani tuntutan terbaru yang dikemukakan oleh pihak Indonesia antaranya meminta gaji minimum RM700 sebulan dengan melakukan satu tugasan khusus.

Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Fauzi Engku Muhsein berkata, Malaysia perlu tegas berdepan dengan kerenah Indonesia itu demi menjaga kepentingan rakyat dan pada masa sama mengingatkan negara jiran itu agar mematuhi persefahaman yang telah dicapai.

"Kita melihat Indonesia sengaja mahu mengambil kesempatan daripada permintaan tinggi terhadap tenaga kerja pembantu rumah dari negara itu dengan mengemukakan syarat baru yang lebih menguntungkan mereka," katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment