My Add

Friday 23 March 2012

Angkasa sasar KR1M dibuka di 2,116 koperasi sekolah

TEMERLOH, JUMAAT, 23 Mac, 201: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) menyasarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan diwujudkan di 2,116 buah koperasi sekolah di seluruh negara yang mempunyai seramai 500,000 ahli tidak lama lagi.

Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, dengan adanya KR1M di setiap sekolah, ia bukan sahaja membolehkan ahli serta para pelajar mendapat barangan murah, malah memesatkan lagi kegiatan koperasi terbabit.

"Buat permulaan kemungkinan sebuah kedai KR1M akan diwujudkan di koperasi sekolah di setiap negeri dan akan diperluaskan secara berperingkat-peringkat.

"Sebuah jawatankuasa khas bagi mengwujudkan KR1M koperasi sekolah itu akan ditubuhkan kerana ia membabitkan perancangan rapi dengan modal yang besar,” katanya di sini hari ini.

KR1M katanya, turut akan dibuka di beberapa buah institut pengajian tinggi awam (IPTA). – BERNAMA

No comments:

Post a Comment