My Add

Thursday 15 March 2012

Anifah ke Myanmar untuk lawatan 3 Hari

KUALA LUMPUR, RABU, 14 Mac, 2012: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini berlepas ke Myanmar dalam usaha mengeratkan hubungan serta kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang. 

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, dalam lawatan tiga hari itu Anifah dijangka menemui Presiden Myanmar, Thein Sein serta berbincang dengan rakan sejawatannya, U Wunna Maung Lwin dan juga Menteri Perancangan Ekonomi dan Pembangunan Myanmar, U Tin Naing Thein.

Perbincangan dijangka berkisar kepada perkara berkaitan hubungan dua hala dan isu serantau serta antarabangsa yang berkepentingan kepada Malaysia dan Myanmar, menurut kenyataan itu.

Malaysia dan Myanmar mempunyai hubungan persahabatan dan jalinan kerjasama yang rapat dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, kerjasama teknikal, pelancongan, pembangunan modal insan, perladangan dan pertanian. 

Jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia dan Myanmar bagi tahun 2011 adalah RM2.43 bilion, naik 26.8 peratus berbanding tahun 2010. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment