My Add

Thursday 15 March 2012

TH sasar 50% umat islam jadi pendeposit baru 2012

KANGAR, RABU, 14 Mac, 2012: Tabung Haji (TH) berazam untuk mendaftar lebih dua juta pendeposit baru tahun ini bagi mencapai sasarannya supaya 50 peratus umat Islam di negara ini menabung dengannya.

Ketua Pegawai Teknologi TH, Mohd. Yassin Tahir berkata, pada masa ini jumlah pendepositnya hampir mencecah tujuh juta dan diharap angka itu akan meningkat kepada sekurang-kurangnya sembilan juta sebelum akhir tahun ini. Penduduk beragama Islam berjumlah sekitar 18 juta di negara ini.

Mohd. Yassin menyatakan demikian kepada para pemberita selepas menyerahkan zakat perniagaan TH berjumlah RM501,371.88 kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang mewakili Majis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Istana Arau di sini hari ini.

Menurut beliau, TH kini menjalankan kempen meningkatkan jumlah pendeposit termasuk melalui kelab TAHA yang bermatlamat menyubur minat menabung di kalangan para pelajar. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment