My Add

Monday 12 March 2012

2 kapal nelayan Vietnam ditahan cerobohi perairan Sarawak

KUCHING, ISNIN, 12 Mac, 2012: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal nelayan dari Vietnam dan 20 anak kapal yang menceroboh kawasan perairan negara, kira-kira 103 batu nautika dari Tanjung Sirik, Mukah.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Kuching, Kapten Maritim Abdul Harith Ahmad Khairati, berkata kapal peronda APMM menahan kapal dan nelayan asing berkenaan kira-kira jam 4.30 pagi, Jumaat lalu.

"Hasil siasatan awal mendapati nelayan-nelayan berkenaan telah melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran dan kesemua awak-awak dan tekong vesel ini tidak mempunyai dokumen pengenalan diri," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya, kira-kira satu tan hasil laut yang dipercayai ditangkap di kawasan perairan negara turut ditemui di atas dua kapal berkenaan.

Menurutnya, kesemua anak kapal berkenaan yang berumur dalam lingkungan antara 21 dan 50 tahun ditahan sementara menunggu siasatan kes selesai. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment