My Add

Monday 5 March 2012

Bohong, kelirukan rakyat

Oleh NOOR HAMIZAH ABU BAKAR dan SITI HAJJAR ABDULLAH

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 Mac, 2012: Dakwaan pihak pembangkang kononnya Kerajaan Pusat membuat pinjaman untuk melaksanakan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah satu pembohongan bagi mengelirukan rakyat.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pemberian BR1M tidak perlu dijadikan isu politik untuk memenangi hati rakyat.

"Sebenarnya pemberian BR1M ini tiada masalah, pembangkang tidak perlu mempersoalkan di mana wang itu diperoleh semata-mata untuk mengelirukan rakyat. Bantuan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerimanya malah membantu menjana ekonomi negara melalui perbelanjaan mereka.

"Bantuan ini adalah tanggungjawab kerajaan demi memastikan kesejahteraan hidup rakyatnya terjamin. Pemberian pelbagai jenis bantuan menunjukkan bahawa Malaysia mampu dari segi kewangan dan ekonomi berada dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini.

No comments:

Post a Comment