My Add

Monday 5 March 2012

Kes penyakit Parkinson meningkat secara mendadak

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 Mac, 2012: Penyakit Parkinson, iaitu gangguan neurodegeneratif (kemerosotan saraf) merupakan ancaman yang membimbangkan berikutan peningkatan mendadak kesnya sejak kebelakangan ini.

Presiden Persatuan Penyakit Gangguan Pergerakan Malaysia, Dr. Chew Nee Kong berkata, peningkatan pesakit daripada 30,000 pada beberapa tahun lalu kepada kira-kira 60,000 pada tahun lepas menunjukkan betapa ia perlu diambil perhatian.

Katanya, antara faktor utama peningkatan kes baru penyakit tersebut adalah sikap sambil lewa terhadap simptom-simptom Parkinson seperti terketar-ketar, pergerakan perlahan (bradykinesia) dan otot kaku yang disalah anggap sebagai normal bagi seseorang yang meningkat usianya.

"Ramai juga yang mengandaikan bahawa otot yang kaku atau kekurangan daya pergerakan adalah sebahagian daripada proses meniti hari tua, padahal semua ini simptom Parkinson. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment