My Add

Monday 12 March 2012

Boikot peniaga yang naik harga barang

PUTRAJAYA, AHAD, 11 Mac, 2012: Rakyat harus menggunakan kuasa pengguna memboikot peniaga yang menaikkan harga barang, khsusunya selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pelarasan gaji baru.

Menyatakan demikian hari ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penjawat awam hendaklah berbelanja secara berhemah dan sentiasa peka terhadap harga barang.

"Senjata di tangan kita. Sebagai pengguna, kita harus menggunakan kuasa pengguna membeli hanya barang-barang yang harga berpatutan. Jangan biarkan peniaga tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan,” nasihat beliau.

"Saya sendiri membuat pemeriksaan harga dan mendapati harga di Kedai Rakyat 1Malaysia murah,” katanya pada majlis penyampaian boucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Pusat Kejiranan Precint 9 di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment