My Add

Saturday 17 March 2012

Boleh kerjasama, berniaga dengan Yahudi bukan Zionis – Hadi

SHAH ALAM, SABTU, 17 Mac, 2012: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin Pas anjuran Dewan Muslimat Pas Malaysia di sini, malam tadi.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan Pas yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan Pas ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment