My Add

Saturday 17 March 2012

MDeC sasar pelaburan RM2 bilion bagi perkhidmatan ICT

CYBERJAYA, SABTU, 17 Mac, 2012: Multimedia Development Corp. Bhd. (MDeC) yakin dapat menarik pelaburan bernilai RM2 bilion bagi sektor perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, sektor ICT menerima pelaburan berjumlah RM2 bilion tahun lepas, di mana RM1 bilion adalah daripada IBM Malaysia Sdn. Bhd.

"Susulan sokongan daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri(Datuk Seri Mustapa Mohamed), kami akan terus menyasar jumlah (pelaburan) yang sama tahun ini.

"Perkembangan kami berjalan lancar bagi suku pertama tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini selepas majlis pembukaan rasmi operasi IBM Global Delivery Centre (GDC) Malaysia oleh Mustapa, di sini, semalam.

Sementara itu, Mustapa berkata, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri komited untuk menarik pelaburan ke dalam sektor ICT tahun ini.

Tahun lepas, Mustapa berkata sektor IT menyumbang 1.5 peratus daripada pendapatan negara kasar.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment