My Add

Sunday 25 March 2012

Doping: Atlet olahraga, Yunus Lasalleh tidak sabar bela diri

KUALA LUMPUR, AAHAD, 25 Mac, 2012: Atlet olahraga negara, Mohd. Yunus Lasalleh sedia bekerjasama dengan panel jawatankuasa penyiasat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada sesi pendengaran yang akan diadakan minggu depan.

Mohd Yunus berkata, beliau tidak sabar-sabar untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di Palembang kepada panel penyiasat agar kes tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin secara adil.

"Sesi pendengaran ini amat penting bagi saya untuk membela diri dan membuktikan diri tidak bersalah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Atlet kelahiran Tawau, Sabah itu bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh sesi pendengaran dan siapakah yang akan menemaninya nanti.

Pada Disember lepas, Mohd. Yunus yang merangkul pingat emas bagi acara 4x400m, dan pemenang pingat gangsa acara angkat berat 105kg, Firdaus Abdul Razak disahkan positif menggunakan bahan terlarang oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc), pada temasya itu di Palembang tahun lepas.

Ekoran itu, Mohd. Yunus membuat laporan polis pada Februari lepas bagi menjelaskan punca di sebalik kejadian yang menimpanya di Palembang yang menyebabkan beliau didapati positif mengambil dadah terlarang.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment