My Add

Sunday 25 March 2012

Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear, Seoul: TPM tiba malam ini

Oleh BORHAN ABU SAMAH

SEOUL, AHAD, 25 Mac, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka tiba di Lapangan Antarabangsa Gimpo di sini, malam ini, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear selama dua hari bermula esok.

Muhyiddin tiba di Seoul yang kini cuacanya sangat dingin iaitu -1 darjah Celsius. Beliau diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Beliau akan menginap di Hotel Lotte.

Sebelah pagi esok beliau akan mengadakan pertemuan dengan para pegawai Malaysia, sebelum sambutan rasmi oleh Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak pada sebelah petang. Beliau pulang ke tanahair pada sebelah malam 27 Mac.

Isteri beliau mempunyai acara berasingan iaitu melawat Muzium Korea pada 26 Mac dan disambut oleh isteri Presiden Korea Selatan, Kim Yoon-Oh.

Pada hari Selasa beliau akan melawat Istana Presiden. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment