My Add

Monday 12 March 2012

Elak tindakan boleh jejaskan kedaulatan negara - Agong

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD, METRA SYAHRIL dan MARZITA ABDULLAH

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Mac, 2012: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mahu semua rakyat di negara ini memperkukuhkan perpaduan serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejas atau menggugat kedaulatan negara.

Dalam masa sama baginda juga menyeru kepada semua pihak supaya jangan ada yang cuba menidakkan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan.

Bukan itu sahaja baginda turut berharap generasi muda khususnya berusaha memahami dan menghayati sejarah kemerdekaan negara yang merupakan hasil pengorbanan mereka dan seterusnya menghargai kebebasan dinikmati ketika ini.

`Ke arah ini, beta mengharapkan para pemimpin di setiap peringkat, para cendekiawan, media massa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan yang lebih berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan mengenai kepentingan perpaduan nasional,'' kata baginda dalam titah ucapan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-12 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment