My Add

Sunday 18 March 2012

Fama janji beli semua hasil pertanian program

KOTA BHARU, AHAF, 18 Mac, 2012: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memberi jaminan akan membeli semua hasil pengeluaran pertanian di kawasan Projek Diraja melalui program ladang kontrak.

Pengarah Fama Wilayah Timur, Mohd. Ariffin Awang berkata, kerajaan menggalakkan petani yang terlibat dalam projek itu menjual hasil pertanian kepada Fama bagi menyeragamkan harga di samping mengelak berlaku longgokan hasil pertanian.

Sebanyak 400 tan metrik 30 jenis buah-buahan dan sayuran dijangka dibeli Fama di bawah program ladang kontrak itu yang melibatkan 224 kawasan projek di negeri ini, katanya kepada pemberita selepas menandatangani kontrak pemasaran antara ketua-ketua blok pengusaha pertanian di bawah Projek Diraja di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang Banggol di sini hari ini.

Mohd. Ariffin mewakili Fama menandatangani dokumen perjanjian itu manakala empat ketua blok mewakili kumpulan petani Projek Diraja Banggol, Kota Bharu dan Kuala Krai.

Perjanjian itu akan membolehkan Fama membeli hasil pertanian mengikut harga semasa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment