My Add

Monday 12 March 2012

Firefly perkenal semula surcaj bahan api mulai 21 Mac

SUBANG, ISNIN, 12 Mac, 2012 Syarikat penerbangan komuniti, Firefly akan memperkenalkan semula surcaj bahan api bagi tempahan penerbangan yang dibuat dari 21 Mac bagi menyeimbangkan dengan harga bahan api jet yang tinggi secara berterusan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Firefly berkata, surcaj bahan api RM10 bagi perjalanan domestik akan dikenakan bagi setiap laluan dan RM20 bagi laluan serantau.

Ia juga menyatakan bahawa kesemua tempahan penerbangan yang dilakukan sebelum 21 Mac tidak tidak dikenakan surcaj itu.

Ketua Pegawai Operasi Firefly dan penerbangan jarak dekat Malaysia Airlines, Ignatius M.C. Ong berkata, syarikat itu telah menghapuskan pengenaan surcaj bahan api pada sukuan terakhir 2008, tetapi malangnya kini terpaksa memperkenalkannya semula disebabkan kos operasi yang lebih tinggi yang tidak tidak dapat ditanggungnya.

"Kami akan terus memantau harga bahan api dan memastikan bahawa surcaj yang kami kenakan terhadap penumpang sebagai berpatutan dan ditanda aras dengan yang dikenakan oleh syarikat penerbangan serantau yang lain,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment