My Add

Thursday 22 March 2012

FVGH tetap disenarai di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Mac, 201: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan tetap diteruskan walaupun ia diputar belitkan pembangkang yang menjadikannya sebagai 'modal' untuk mengelirukan orang ramai terutama golongan peneroka.

Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, perkara itu dijangka dilaksanakan sekitar Mei atau Jun ini dengan lima buah bank pelaburan iaitu Maybank, CIMB, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank telah dilantik bagi menguruskan proses penyenaraian tersebut.

Sambil menolak dakwaan pembangkang yang mengatakan FGVH rugi dan tidak layak untuk disenaraikan, jelas beliau, segala pengauditan berkaitan akaunnya telah dilakukan oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) dan laporannya diserahkan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment