My Add

Thursday 22 March 2012

RTC pelengkap transformasi luar bandar

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Mac, 2012: Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) merupakan pelengkap kepada program Transformasi Luar Bandar yang membawa manfaat kepada rakyat di luar bandar, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini.

Melalui mekanisme RTC, satu pusat intergrasi perkhidmatan disediakan bagi manfaat penduduk sekitarnya meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil keluaran pertanian; perbankan dan insurans; khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran; klinik serta ruang niaga.

"Syukur, kita dapat melihat kejayaan projek perintis RTC iaitu di Gopeng, Perak yang dirasmikan 18 Februari lalu sehingga mampu menarik perhatian 70,000 pengunjung pada minggu pelancaran tersebut,'' katanya ketika dalam Wawancara Khas dengan TV AlHijrah di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment