My Add

Saturday 24 March 2012

Hanya rakyat tahu parti pilihan mereka

BAGAN DATOH, SABTU, 24 Mac, 2012: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh mengaku bahawa parti yang mereka wakili akan mendapat sokongan pada pilihan raya umum akan datang namun hanya rakyat yang mengetahui pihak mana yang akan dipilih.

"Kita akan sama-sama berada di gelanggang dan serahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengira tahap sokongan rakyat kepada parti masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 1,000 penerima Parlimen Bagan Datoh di Wisma UMNO di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa sokongan rakyat terhadap mereka ketika ini semakin meningkat berbanding Barisan Nasional (BN).

Ditanya mengenai tindakan pembangkang yang sering membuat serangan peribadi terhadap pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad Zahid berkata, ia tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap BN.

"Saya fikir rakyat menilai sama ada mereka lebih percaya kepada serangan peribadi atau adakah perkhidmatan yang diberikan oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN adalah lebih baik daripada pemimpin pembangkang yang hanya melakukan omong-omong kosong saja," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment