My Add

Saturday 24 March 2012

Kes HFMD di Sarawak meningkat kepada 3,561

KUCHING, SABTU, 24 Mac, 2012: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sarawak meningkat kepada 3,561 hari ini selepas 70 kes baru dilaporkan, kata Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Zulkifli Jantan. 

Beliau berkata, 26 kes baru dicatat di Kuching, Bintulu, Betong, Samarahan dan Sibu (masing-masing enak kes), Limbang, Miri and Mukah (masing-masing empat kes), Sarikei dan Kapit (masing-masing tiga kes) serta Sri Aman (dua kes).

"Jumlah kes baru menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 61 kes yang dilaporkan semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jumlah kemasukan ke hospital kini ialah 261 kes dengan dua daripadanya dilaporkan tenat. 

Khamis lalu, jabatan itu melaporkan bahawa tiga kes membabitkan pesakit yang tenat, bagaimanapun, keadaan seorang daripada mereka didapati dalam keadaan sederhana. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment