My Add

Monday 12 March 2012

Ibu tunggal antara yang ditahan ambil dadah di Temerloh

TEMERLOH, ISNIN, 12 Mac, 2012: Seorang ibu tunggal adalah antara lima orang yang ditahan Khamis lalu kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Temerloh. 

Wanita berumur 36 tahun itu turut membawa bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan ketika dia ditahan bersama empat yang lain di sebuah rumah sewa di Jalan Bahagia pada jam 2.15 petang terbabit.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor, berkata turut ditahan ialah tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 18 hingga 31 tahun yang didapati positif dalam penyalahgunaan dadah.

"Dalam serbuan itu, ibu tunggal terbabit turut membawa bayi perempuannya untuk melepaskan gian menghisap dadah," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata, polis turut menemui 30 gram syabu, 220 gram ganja dan 38 biji pil Eramin 5 di dalam rumah berkenaan dan dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM15,000. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment