My Add

Friday 16 March 2012

Ikhlas beri DBKL tempoh sebulan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Mac, 201: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) meminta kerajaan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi membanteras peniaga warga asing yang dilihat menutup periuk nasi peniaga tempatan.

Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, jawatankuasa tersebut amat penting bagi membela nasib peniaga tempatan yang sudah pun berhadapan dengan pelbagai masalah lain.

"Contohnya peniaga di bazar larut malam, Danau Kota yang kini tidak boleh berniaga selama enam hari seperti sebelum ini. Mengapa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan mereka berniaga enam hari, sedangkan peniaga warga asing sewenang-wenangnya berniaga di mana-mana tanpa ada sekatan.

"Di sini kita dapat lihat terdapat unsur penindasan terhadap peniaga tempatan, manakala warga asing dibiarkan berniaga tanpa ada apa-apa sekatan sehingga mereka 'naik lemak' apabila berani bergaduh dengan peniaga tempatan dan sebagainya," katanya selepas menyerahkan surat bantahan kepada wakil DBKL di ibu pejabat DBKL di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment