My Add

Saturday 17 March 2012

Isu MAS: MyCC tumpu dua aspek siasatan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ke atas perjanjian pertukaran saham antara Malaysian Airline System Sdn. Bhd. dan AirAsia Bhd. (AirAsia) akan menjurus kepada sama ada ia melibatkan salah guna kuasa monopoli atau perlakuan kartel iaitu dua syarikat sepakat menentukan harga.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mengikut Akta Persaingan 2011, monopoli adalah dibenarkan, namun ia menjadi kesalahan apabila wujud salah guna kuasa monopoli.

"Kalau kita nak kata monopoli sepenuhnya mungkin tidak berlaku kerana tidak ada pencantuman syarikat menjadi satu, MAS masih terbang sebagai MAS dan AirAsia masih terbang sebagai AirAsia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun kesembilan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment