My Add

Saturday 17 March 2012

Siasat siapa bocor dokumen sulit FGVH

 
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Felda dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi menyiasat pihak yang membocorkan dokumen sulit berkaitan proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) kepada pembangkang.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abd. Manap (gambar) berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana proses penyenaraian FGVH masih dalam pemantauan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

"Setahu saya, mana-mana dokumen yang diklasifikasikan sebagai sulit tidak boleh didedahkan kepada umum dengan sewenang-wenangnya.

"Kita sangat kesal kerana perbuatan tidak bertanggungjawab itu memberi ruang kepada pembangkang memutar-belitkan maklumat sulit tersebut dalam usaha menggagalkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment