My Add

Wednesday 21 March 2012

Jangan hanya kaut untung - Sultan Sharafuddin

PETALING JAYA, SELASA, 20 Mac, 2012: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu para pengamal perubatan sama ada di hospital kerajaan atau pun swasta memberi perkhidmatan sebaik mungkin kepada pesakit mereka tanpa mementingkan faktor keuntungan semata-mata.

Baginda bertitah, perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan berpatutan adalah aspek utama yang penting bagi kesejahteraan hidup masyarakat.

"Beta berkenan supaya banyak lagi pusat-pusat perubatan di negara ini dapat menyediakan pelbagai jenis kemudahan perubatan yang terkini kepada orang ramai.

"Dengan terbinanya banyak pusat perubatan, ia memudahkan orang ramai untuk membuat pilihan bagi merawat penyakit masing-masing dengan baik dan berkesan.

"Peralatan canggih yang digunakan adalah meluas, dapat mengesan penyakit dari peringkat awal dan mencegahnya daripada merebak," titah baginda pada majlis perasmian Sime Darby Medical Centre Ara Damansara (SDMC) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment