My Add

Wednesday 21 March 2012

Selangor tetap rampas tanah YBK

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM, SELASA, 20 Mac, 2012: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) tetap dengan keputusan untuk tidak memulangkan semula tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dirampas sebelum ini.

Menurut beliau, keputusan itu kekal meskipun YBK sebelum ini telah melunaskan tunggakan cukai sebanyak RMM5.7 juta dengan bantuan Yayasan Melaka pada 2010.

Ini disebabkan katanya, kerajaan negeri tidak menerima pembayaran tersebut kerana ia dibuat oleh Yayasan Melaka dan bukannya YBK sendiri selaku pemilik tanah berkenaan.

“Kita tidak akan pulangkan (tanah YBK yang dirampas) kerana pihak yang membayar tunggakan cukai tanah itu (Yayasan Melaka) bukan pemilik tanah. Itu perlu kita semak kerana kalau begitu cara pembayarannya, kita ada masalah besar daripada segi pemilikan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment