My Add

Wednesday 7 March 2012

Jawatankuasa Pemandu cerminkan Pas tidak yakin Azizan

KULAIJAYA, SELASA, 06 Mac, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Pas Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau semua keputusan yang dibuat kerajaan negeri Kedah mencerminkan parti itu tidak yakin terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya Pas Pusat yakin terhadap kepimpinan Azizan, sudah pasti jawatankuasa tersebut tidak perlu diwujudkan.

"Ini (jawatankuasa) jelas mereka tak yakin dengan MB (Menteri Besar). Di Johor, kita tidak ada jawatankuasa pemandu untuk pantau Datuk (Abdul) Ghani (Othman).

"Ini memberi gambaran krisis Pas belum selesai. Tugas Azizan akan lebih mencabar," katanya ketika diminta mengulas tindakan Pas Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu itu.

Muhyiddin ditemui selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Rakyat dan merasmikan bangunan baru Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment