My Add

Wednesday 14 March 2012

Jenazah Dirang dituntut keluarga

JOHOR BAHRU, RABU, 14 Mac, 2012: Jenazah kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar, Nurul Nadirah Abdullah dituntut oleh keluarganya di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada pukul 11.45 pagi tadi.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan bilik mayat apabila ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, tiba bersama ibunya, Milnah Jul, 52, dan ahli keluarga lain pada pukul 9.50 pagi.

Roselyn dibawa masuk ke dalam bangunan tersebut ditemani ibunya kira-kira 20 minit sebelum keluar dengan linangan air mata.

Pada pukul 10 pagi, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai bapa kandung kanak-kanak yang dikenali sebagai Dirang itu dibawa ke rumah mayat HSA untuk buat menatap kali terakhir jenazah anaknya.

Lelaki yang berpakaian baju lokap dan bergari tiba di HSA dengan diiringi tiga anggota polis dan terus dibawa masuk ke dalam bangunan berkenaan sebelum keluar 10 minit kemudian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment