My Add

Monday 19 March 2012

Kabinet akan tentukan nasib 12 syarikat - Noh Omar

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 Mac, 2012: Kedudukan 12 syarikat yang gagal memajukan projek Pertanian Moden Kluang di Ayer Itam, Johor akan ditentukan Kabinet selepas kajian mengenainya siap, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) diberi tanggungjawab untuk melakukan kajian daripada pelbagai aspek untuk dibentangkan ke kabinet bagi tindakan lanjut.

Katanya, sejak projek itu dilancarkan pada 2004, perkembangan projek dan penggunaan tanah tidak seperti yang dijangka dan ia merugikan kementerian serta pihak lain yang berminat memajukannya.

"Kementerian sedang buat kajian untuk dibawa ke Kabinet bagi pengagihan semula tanah ini kepada mereka yang benar-benar boleh memajukannya.

"Kita perlu bawa isu ini ke Kabinet kerana ia adalah dasar dan kita perlu kemukakan bagi membolehkan kerajaan membatalkan syarikat-syarikat itu mengikut peraturan dan prosedur," katanya di sini hari ini.

Noh berkata, langkah itu perlu dilakukan agar pelan jangka panjang kerajaan dalam menjamin keperluan bekalan makanan negara tidak terjejas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment