My Add

Saturday 17 March 2012

Kadir boleh letak jawatan jika rasa UMNO tidak betul

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN

PUTRAJAYA, SABTU, 17 Mac, 2012: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir boleh meletakkan jawatan daripada UMNO jika beliau merasakan parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu itu tidak betul.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Abdul Kadir lebih tahu mengenai diri beliau sendiri dan apa yang telah beliau lakukan.

"Jika beliau tidak merasakan UMNO betul, mengapa tidak beliau meletakkan jawatan terlebih dahulu.

"Mungkin ada perkara yang membuatkan beliau tidak gembira dengan kepimpinan sekarang, itu kita tidak tahu," katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Abdul Kadir bahawa Barisan Nasional (BN) membeli undi dengan wang, selepas menyempurnakan perasmian Hari Keluarga Parlimen Putrajaya, di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Tengku Adnan berkata, beliau boleh datang terus kepada parti sekiranya tidak gembira atau berpuas hati dengan sesuatu perkara.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment