My Add

Saturday 17 March 2012

Kementerian tidak terlibat isu MAS, AirAsia

Oleh HISYAMUDDIN AYUB

KOTA KINABALU, SABTU, 17 Mac, 2012: Kementerian Pengangkutan tidak terlibat dengan isu perjanjian pertukaran saham antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia), kata Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Menurut beliau, kuasa kementerian itu terhadap syarikat penerbangan di negara ini adalah hanya sebagai pengatur atau pengawal selia.

Katanya, segala urusan yang melibatkan urusan perniagaan adalah melibatkan pihak pengurusan syarikat penerbangan masing-masing.

"Tugas kementerian adalah melibatkan kelulusan atau pembatalan laluan penerbangan dan berapa banyak penerbangan, tetapi jika melibatkan urusan perniagaan ia sepenuhnya keputusan daripada pemilik syarikat penerbangan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja meninjau kerja pemanjangan landasan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Mengulas lanjut, Cho Ha berkata, biarpun kerajaan mempunyai kuasa kerana Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) memiliki saham dalam MAS di bawah Kementerian Kewangan, namun ia hanya diputuskan oleh pihak pengurusan masing-masing.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment