My Add

Saturday 17 March 2012

Kuota OKU dalam perkhidmatan awam gagal dipenuhi

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD

KOTA BHARU, SABTU, 17 Mac, 2012: Akibat kerenah birokrasi di peringkat pelaksanaan menyaksikan, tidak sampai separuh daripada kuota satu peratus yang dijanjikan dalam perkhidmatan awam untuk orang kurang upaya (OKU) dapat dipenuhi.

Presiden Majlis Intelektual Melayu (MIM) OKU Malaysia, Dr. Mohd. Nawi Ismail berkata, pelbagai syarat tambahan dikenakan sehingga menyebabkan golongan berkenaan tidak mendapat tempat untuk turut berkhidmat dalam jabatan kerajaan.

Jelasnya, keadaan itu menunjukkan seolah-olah golongan OKU hanya sekadar dimanipulasi untuk tujuan tertentu apabila janji kuota dibuat pihak kerajaan sedangkan perkara yang berlaku adalah sebaliknya.

"Contohnya di peringkat universiti, ada OKU yang mempunyai kelulusan doktor falsafah (PhD) tidak diberi jawatan tetap atas alasan tidak ada keperluan dan tidak memenuhi syarat menghasilkan penerbitan jurnal berimpak tinggi sedangkan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau ditemui di Seminar Intelektual Muslim dan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Intelektual Melayu (MIM) Orang Kurang Upaya (OKU) Malaysia di sebuah hotel di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment