My Add

Saturday 17 March 2012

Program francais komuniti dapat sambutan

ALOR SETAR, SABTU, 17 Mac, 2012: Program Francais Komuniti berjaya menarik 303 francaisi yang menjalankan pelbagai perniagaan dengan pelaburan keseluruhan berjumlah hampir RM10 juta.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Saripuddin Kasim berkata, angka yang direkodkan bagi tempoh 9 Oktober tahun lepas sehingga 16 Mac lalu itu menunjukkan program tersebut mendapat sambutan memberangsangkan.

Penyertaan yang tinggi ini susulan promosi di Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Terengganu, katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Program Francais Komuniti peringkat Kedah, di sini hari ini.

"Setakat ini industri francais negara telah menembusi pasaran 50 negara dan fenomena ini akan bertambah sekiranya perniagaan francais kecil-kecilan yang terlibat menerusi program ini turut dipromosikan oleh pihak kementerian,” katanya.

Saripuddin berkata, industri francais yang berkembang pesat di negara ini telah menjana pendapatan sebanyak RM21.48 bilion tahun lalu dan dijangka meningkat kepada RM22.5 bilion tahun ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment