My Add

Saturday 24 March 2012

Kerajaan Islam: DAP-PKR didakwa halang Pas

PULAU PINANG, JUMAAT, 23 Mac, 2012: DAP disifatkan sebagai kurang ajar apabila secara terbuka mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergabung bagi menghalang hasrat Pas membentuk kerajaan Islam di negeri ini.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, meskipun pihaknya tidak menyokong perjuangan Pas yang terpesong daripada kehendak Islam, niat dan ikhtiar ke arah pembentukan negara Islam tidak boleh dihalang oleh sesiapa pun.

Sehubungan itu, beliau menyeru penyokong Pas khususnya di Pulau Pinang mengambil tindakan tegas supaya kesucian Islam tidak dipermain-mainkan oleh mana-mana pihak.

"Pemuda UMNO ingin melihat apakah pendirian Pas Pulau Pinang terhadap isu ini dan berharap keikhlasan pemimpin-pemimpinnya dalam mempertahankan kesucian Islam daripada terus diperkotak-katikkan oleh rakan sekutu mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment