My Add

Saturday 24 March 2012

UMNO, Pemenang desak pulang tapak masjid

PULAU PINANG, JUMAAT, 23 Mac, 2912: Badan Perhubungan UMNO negeri mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengembalikan tapak masjid yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara.

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya kesal dengan sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak memberi pertimbangan sewajarnya terhadap keperluan umat Islam di negeri ini sebelum membuat keputusan menjual tapak itu kepada pemaju swasta.

"Kita sedia maklum bahawa cadangan pembangunan yang dikemukakan syarikat pemaju tidak mempunyai pelan masjid dan sekarang terpulang kepada mereka sama ada mahu membinanya atau tidak.

"UMNO negeri mahu ia dikembalikan kepada tapak asal. Ini kerana ia merupakan keperluan beribadat umat Islam di kawasan itu yang perlu diberi perhatian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.  UTUSAN

No comments:

Post a Comment