My Add

Friday 23 March 2012

Kes bunuh, bakar Dirang: Tiga suspek dilanjut reman

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 23 Mac, 201: Perintah tahanan reman terhadap tiga suspek termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dengan pembunuhan kejam Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang dilanjutkan lagi seminggu.

Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Hidayah Manaf membenarkan ketiga-tiga tertuduh berusia 30-an itu direman sehingga 30 Mac ini untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga mereka sebelum itu tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru dengan menaiki van polis dengan keadaan tangan bergari kira-kira pukul 9.15 pagi dan dibawa ke luar dari kamar mahkamah sejam kemudian.

Polis sebelum ini menahan empat orang termasuk bapa kandung Dirang bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu pada 1 Mac.

Bagaimanapun siasatan polis mendapati bapa Dirang tidak terlibat dengan pembunuhan kejam anaknya itu dan hanya tiga suspek berkenaan dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Ketiga-tiga mereka juga didapati positif dadah selain dua daripada mereka turut mempunyai rekod jenayah atas kesalahan dadah dan curi. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment