My Add

Sunday 25 March 2012

Malaysia main peranan aktif sediakan draf Kenyataan Seoul

SEOUL, AHAD, 25 Mac, 2012: Malaysia mengambil penglibatan aktif khususnya untuk sama-sama menyediakan draf Kenyataan Seoul yang dijadual dikeluarkan oleh para pemimpin di akhir Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear yang bermula di sini, esok.

Bercakap kepada wartawan Malaysia di sini hari ini, Duta Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Ramlan Ibrahim berkata, Kenyataan Seoul itu merupakan pernyataan politik berhubung usaha untuk terus memperkukuhkan keselamatan bahan dan teknologi nuklear.

Antara lain, Kenyataan Seoul dijangka meliputi perkara berkaitan menyelaraskan dan menyatukan rangka kerja keselamatan nuklear antarabangsa, menjamin pengurusan selamat dan berkesan ke atas punca radioaktif serta memperkukuhkan peranan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan mempertingkatkan sumbangan ke atas Dana Keselamatan Nuklear.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama antara pemimpin dari 53 negara yang akan menghadiri sidang kemuncak dua hari yang diadakan susulan sidang pertama di Washington pada 2010.- BERNAMA


No comments:

Post a Comment