My Add

Monday 5 March 2012

Melaka rayu kerajaan Pusat tambah peruntukan RMK-10

MELAKA, ISNIN, 05 Mac, 2012: Kerajaan negeri Melaka merayu kerajaan pusat memberi peruntukan sekurang-kurangnya RM1 bilion setahun atau RM4 bilion untuk tempoh lima tahun dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi merancakkan lagi ekonomi dan pembangunan negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan negeri hanya menerima RM389 juta tahun lepas berbanding RM3.9 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Kita hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.2 bilion dalam tempoh tiga tahun bermula 2011 hingga 2013, dan peruntukan yang lebih tinggi diperlukan memandangkan Melaka kini berjaya mencapai taraf negeri maju,” katanya kepada pemberita selepas perasmian pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Kelima kali ke-12, di Seri Negeri di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment