My Add

Friday 16 March 2012

Muhyiddin ke Melaka esok

MELAKA, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan melakukan lawatan kerja sehari ke Melaka esok. 
6
Muhyiddin yang mempunyai jadual padat, akan mengadakan perjumpaan khas bersama Badan Perhubungan UMNO Melaka di kediaman rasmi Ketua Menteri di Ayer Keroh.

Beliau kemudian akan menghadiri majlis jamuan rakyat 1Malaysia di Taman Maju Jaya, Jasin sebelum bertemu belia negeri Melaka di MITC, Ayer Keroh, di sini.

Timbalan Perdana Menteri kemudian dijadual mengadakan perjumpaan bersama anggota tentera 3 Divisyen di Kem Terendak, Sungai Udang.

Muhyiddin juga dijadual mengadakan perjumpaan khas dengan Barisan Nasional (BN) Melaka pada sebelah petang.

Ini disusuli majlis makan malam rakyat dan pelancaran Gelombang Biru Melaka di Padang Taman Ria, Masjid Tanah sebelum pulang ke ibu negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment