My Add

Saturday 24 March 2012

Sikap membisu NGO dipersoal

PULAU PINANG, JUMAAT, 23 Mac, 2012: Pergerakan Pemuda UMNO negeri membidas sikap berdiam diri beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam isu pembinaan loji panel solar yang mengeluarkan toksik di Batu Kawan, di sini oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ketuanya, Shaik Hussein Mydin berkata, beliau keliru dengan NGO terbabit kerana selama ini mereka begitu lantang membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi, Lynas di Pahang.

Menurutnya, ia menunjukkan perjuangan mereka berteraskan ideologi pembangkang dan hanya berselindung di sebalik nama NGO.

"Pemuda UMNO keliru di manakah NGO yang gah mempertahankan anti-Lynas (Himpunan Hijau 2.0). Jelas mereka hanya bersuara apabila boleh menyalahkan Barisan Nasional dan bukannya DAP.

"Terbukti mereka hanya berat sebelah dan sebenarnya menyokong perjuangan dan ideologi DAP tetapi berselindung di sebalik nama NGO," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment