My Add

Monday 5 March 2012

Penduduk desak Kampung Railway diiktiraf kampung warisan

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 Mac, 012: Penduduk dan waris peneroka di Kampung Railway, Sentul memohon agar kampung mereka diwartakan sebagai kampung warisan dan mereka diiktiraf sebagai peneroka bandar bagi mengelakkan daripada diusir daripada tempat itu.

Untuk tujuan itu, kira-kira 30 penduduk kampung itu telah berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini bagi menyerahkan memorandum berkaitan hal itu serta berjumpa dengan pihak yang bertanggungjawab bagi membela nasib mereka.

Seorang penduduk, R. Pusparili, 53, berkata, mereka mahukan kampung itu diwartakan sebagai kampung warisan kerana ia merupakan kawasan penempatan yang telah diteroka oleh nenek moyang mereka sejak dulu.

Katanya, nenek moyang mereka sudah tinggal di kampung tersebut sejak 120 tahun yang lalu dan kini sudah pun masuk generasi yang keempat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment