My Add

Monday 12 March 2012

Penyebaran fitnah terhadap hakim dianggap hina mahkamah

PUTRAJAYA, ISNIN, 12 Mac, 2012: Penyebaran kenyataan, komen atau artikel yang berunsur fitnah terhadap hakim boleh tergolong dan dianggap sebagai perbuatan menghina mahkamah. 

Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mohd Aizuddin Zolkeply, berkata sehubungan itu, penulis yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan kernaan menghina mahkamah dan dihukum mengikut undang-undang berkaitan.

"Terdapat saluran dan jalan yang betul di sisi undang-undang untuk mengadu sekiranya terdapat salah laku hakim, dan bukannya melalui penyebaran kenyataan, komen atau artikel berunsur fitnah, yang boleh mengelirukan masyarakat umum," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment