My Add

Wednesday 14 March 2012

Perkeso kaji keperluan perlindungan bagi pemandu teksi

KUALA LUMPUR, RABU, 14 Mac, 2012: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang membuat kajian terhadap pemandu teksi yang bekerja sendiri di kawasan Lembah Klang bagi melihat keperluan perlindungan keselamatan sosial untuk para pemandu terbabit.

Menurut kenyataan Perkeso hari ini, kajian sehingga 22 Mac itu dibuat dengan menggunakan kaedah ”convenience sampling” iaitu secara temu duga dengan borang soal selidik yang meliputi sekitar 35,508 orang pemandu teksi sebagai sampel.

Justeru Perkeso memohon kerjasama dan sokongan para pemandu teksi serta persatuan-persatuan pemandu teksi dalam menjayakan proses kajian itu. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment