My Add

Saturday 24 March 2012

Pilih calon kehendak rakyat keputusan tepat

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 Mac, 2012: Pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih calon pilihan raya mengikut kehendak rakyat merupakan keputusan yang bertepatan dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahyaberkata, ketegasan Najib yang sanggup kehilangan rakan yang lebih mementingkan cita-cita politik serta kepentingan peribadi juga membuktikan keprihatinan beliau terhadap kebajikan rakyat.

Menurut beliau, sekiranya Najib benar-benar mampu memilih calon yang dikehendaki oleh rakyat, sudah pasti UMNO serta Barisan Nasional (BN) mampu memenangi pilihan raya umum akan datang khususnya di negeri-negeri dikuasai pembangkang termasuk Kedah.

"Kami menyokong penuh pendirian Perdana Menteri. Jika dahulu rakyat tetap memilih UMNO dan BN tidak kira siapa pun calon yang dipilih bertanding, tetapi kini tidak lagi kerana rakyat semakin bijak menilai," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment