My Add

Wednesday 7 March 2012

Polis ambil tindakan kepada sesiapa yang langgar undang-undang

GEORGETOWN, RABU, 07 Mac, 2012: Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang baik anggota pasukan keselamatan itu sendiri atau orang awam yang bertindak melaksanakan sendiri undang-undang. 

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rasid, berkata tiada siapa di negara ini yang tidak tertakluk kepada undang-undang negara.

"Masyarakat tidak seharusnya mengambil undang-undang di tangan sendiri, sebaliknya harus membuat laporan polis atau aduan rasmi kepada ketua balai," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai insiden kira-kira 100 penduduk kampung menyerang balai polis di Teluk Bahang pada Ahad lalu selepas tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis yang didakwa membaling topi keledar ke arah sekumpulan penunggang motosikal dalam operasi membanteras 'mat rempit' di kawasan itu. 

Dalam kejadian jam 11 malam Sabtu itu, lima daripada penunggang motosikal terbabit terjatuh dan cedera dengan dua daripadanya dilapor parah dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment