My Add

Monday 19 March 2012

Remaja perempuan diculik ketika beli kad tambah nilai

DARI kiri, Nor Mala Mohd. Lazin, bersama suaminya, Mahadi Muda dan anak mereka, Siti Nurul Aishah, menunjukkan gambar anak sulung mereka, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, (gambar kecil) yang didakwa dilarikan oleh sebuah kenderaan berwarna gelap ketika hendak membeli kad tambah nilai telefon bimbit di sebuah kedai berhampiran dengan rumah mereka di Taman Tas di sini hari ini. - UTUSAN/KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM 

KUANTAN, ISNIN, 19 Mac, 2O12: Seorang pelajar perempuan dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini semalam.

Ibu mangsa, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman masing-masing berusia 11 tahun.
Kata Nor Mala, dia terkejut apabila dua anak kembarnya itu pulang ke rumah sambil menangis memaklumkan kakak mereka dilarikan orang.

Mangsa dipercayai dilarikan dengan sebuah kereta jenis Honda berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali, katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment