My Add

Saturday 10 March 2012

RISDA bantu maju tanah terbiar

BELAGA, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam masa terdekat untuk membangunkan tanah terbiar di luar bandar dengan tanaman komersial.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kementeriannya melalui RISDA akan membantu mereka yang memiliki tanah terbiar tetapi tidak mempunyai peluang ekonomi sebelum ini, membangunkan projek agropolitan dengan tanaman getah dan kelapa sawit bagi menaikkan taraf hidup mereka.

"Kita akan berbincang dengan kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak dan menterinya, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu mengenai usaha RISDA yang mahu membantu membangunkan tanah terbiar di luar bandar," katanya selepas menyempurnakan majlis penyerahan 18 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) kepada kaum Penan di Skim Penempatan Penan, Rumah Baya Sipat, Long Urun dekat sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment