My Add

Sunday 18 March 2012

RM1.8 juta produk Coop 1Malaysia dijual

KOTA KINABALU, SABTU, 17 Mac, 2012: Produk Coop 1Malaysia yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu mendapat sambutan menggalakkan apabila mencatatkan nilai jualan sebanyak RM1.8 juta sehingga bulan ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan sambutan terhadap 38 produk itu, pihaknya akan menggiatkan lagi pembangunan dan pemasaran produk Coop 1Malaysia.

"Kami sasarkan 100 produk pada bulan Jun nanti, tetapi kalau boleh kita mahu lebih banyak terutama apabila mendapat pembekal dari Sabah. Kami juga akan berbincang dengan pihak pengangkutan yang terlibat dalam program penyeragaman harga bagi membawa produk ini ke kawasan pedalaman," katanya.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment