My Add

Sunday 11 March 2012

Rumah golongan sederhana

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

IPOH, SABTU, 10 Mac, 2012: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan memperkenalkan program perumahan mesra rakyat berkonsep pembangunan berkelompok untuk golongan berpendapatan sederhana dalam tempoh terdekat ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, program itu bertujuan menyediakan rumah mampu milik kepada golongan berkenaan.

Katanya, pihaknya merancang melaksanakan program tersebut di kawasan luar Lembah Klang dalam masa dua bulan lagi.

"Rumah yang ditawarkan adalah rumah banglo berharga antara RM65,000 dan RM100,000 seunit dan kita sediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap di kawasan perumahan tersebut.

"Projek itu akan dimulakan di tiga negeri dengan yang pertama di Perak iaitu di Tambun dan Pangkor," katanya selepas majlis penyampaian surat kelulusan bantuan SPNB oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kepada seorang penduduk, Ahmad Harun di Kampung Tengku Hussein Lama di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment