My Add

Tuesday 13 March 2012

Sarang burung: Sukar dapat lesen punca bumiputera kurang

TAWAU, SELASA, 13 Mac, 2012: Kesukaran memperoleh lesen dikenal pasti sebagai antara punca utama tidak ramai kaum bumiputera di Sabah melibatkan diri dalam industri sarang burung walit, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat.

Katanya, walau pun industri itu diyakini mampu membawa pulangan besar kepada ekonomi negeri jika diusahakan secara besar-besaran, namun faktor lesen berkenaan tidak menyebelahi bumiputera untuk bersama-sama menjana ekonomi negeri Sabah.

"Golongan bumiputera tidak ramai yang menceburkan diri dalam industeri ini jika dibandingkan masyarakat Cina yang telah sinonim dengan industri berkenaan.

"Sebahagian besar daripada pengusaha ini telah patah semangat untuk menceburi industri tersebut kerana menunggu kelulusan (lesen) yang terlalu lama,” katanya.

Menurut Hamisa, industri burung walit mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dan berupaya meningkatkan ekonomi setempat serta boleh menjadi sumber pendapatan alternatif kepada para petani dan nelayan untuk mengusahakannya secara serius. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment